Saturday, February 26, 2011

rahsia

Gua ada satu rahsia nak dikongsikan dengan korang.Semalam, sebelum semalam, hari-hari sebelum
semalam atau lagi familiar bagi gua hari hari gua bercuti.Hari cuti dalam kamus hidup  gua ni ialah hari yang gua tak perlu memerah otak atau bekerja keras sangat bagi menjaga imej dan kebolehan peribadi gua.

Bagi hari hari yang telah disebutkan tadi, gua mampu berjaga dari maghrib sehingga ke tengah hari besoknya.Peh, Mahathir dulu-dulu time dia perdana menteri pun tidur juga kalau jam dinding cecah pukul 3 ke 4 pagi.Memang gua dah agak luorang akan cakap gua ni power gila kan .Gua buat macam ni mestilah ada advantagesnya,bukan.Gua paling tak suka buat kerja yang sia-sia.

Time-time ni lah gua dapat surfing internet paling laju yang penah gua dapat jika dibandingkan dengan siang hari yang macam kepala batak dia punya kelajuan ,lagi satu "takde bufferring dowh-sam bangfes cakap'".Nak berfesbuk pun tak payah nak berebut-rebut kabel intenet, masak maggi pun tak perlu nak menyorok macam pergi merembat buah pelam kat rumah jiran sebelah.Talipon makwe pun tak ada siapa pun tahu.Boleh la nak cakap ayat yang caring-caring sikit.Cewah.... ada masa teruang lagi boleh buat Kiamullail .Baca buku-buku pelajaran memang 'in' masa ni. .Lagi baik kalau dapat hidayah masa 1/3 malam ni.Memang banyak la perkara berfaedah yang boleh dibuat time ni.

Tapi nak jadi seperti seekor kelawar ni bukanlah senang .Gua pun harus mempunyai pengorbanan dan usaha seperti  juga Mark Zakerbeg, barulah berjaya.Mark Zakerbeg ni keluar dari Harvad, tapi gua tak capai ke tahap tu lagi nak follow beliau. Nak berjaga malam ni bukanlah senang.Tak semua orang ada bakat yang mencabar sebegini.Hanya orang agama-agama , manusia yang rohaninya suci saja boleh buat.Lagi lagi ianya memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat .Rahsianya, gua perlu mendapatkan tidur yang solid.Gua harus tidur dari selepas makan tengah hari sebelum zohor sampai ke maghrib.Amacam besar tak rahsia gua ni....

No comments:

Post a Comment