Saturday, February 26, 2011

rahsia

Gua ada satu rahsia nak dikongsikan dengan korang.Semalam, sebelum semalam, hari-hari sebelum
semalam atau lagi familiar bagi gua hari hari gua bercuti.Hari cuti dalam kamus hidup  gua ni ialah hari yang gua tak perlu memerah otak atau bekerja keras sangat bagi menjaga imej dan kebolehan peribadi gua.

Bagi hari hari yang telah disebutkan tadi, gua mampu berjaga dari maghrib sehingga ke tengah hari besoknya.Peh, Mahathir dulu-dulu time dia perdana menteri pun tidur juga kalau jam dinding cecah pukul 3 ke 4 pagi.Memang gua dah agak luorang akan cakap gua ni power gila kan .Gua buat macam ni mestilah ada advantagesnya,bukan.Gua paling tak suka buat kerja yang sia-sia.

Time-time ni lah gua dapat surfing internet paling laju yang penah gua dapat jika dibandingkan dengan siang hari yang macam kepala batak dia punya kelajuan ,lagi satu "takde bufferring dowh-sam bangfes cakap'".Nak berfesbuk pun tak payah nak berebut-rebut kabel intenet, masak maggi pun tak perlu nak menyorok macam pergi merembat buah pelam kat rumah jiran sebelah.Talipon makwe pun tak ada siapa pun tahu.Boleh la nak cakap ayat yang caring-caring sikit.Cewah.... ada masa teruang lagi boleh buat Kiamullail .Baca buku-buku pelajaran memang 'in' masa ni. .Lagi baik kalau dapat hidayah masa 1/3 malam ni.Memang banyak la perkara berfaedah yang boleh dibuat time ni.

Tapi nak jadi seperti seekor kelawar ni bukanlah senang .Gua pun harus mempunyai pengorbanan dan usaha seperti  juga Mark Zakerbeg, barulah berjaya.Mark Zakerbeg ni keluar dari Harvad, tapi gua tak capai ke tahap tu lagi nak follow beliau. Nak berjaga malam ni bukanlah senang.Tak semua orang ada bakat yang mencabar sebegini.Hanya orang agama-agama , manusia yang rohaninya suci saja boleh buat.Lagi lagi ianya memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat .Rahsianya, gua perlu mendapatkan tidur yang solid.Gua harus tidur dari selepas makan tengah hari sebelum zohor sampai ke maghrib.Amacam besar tak rahsia gua ni....

Wednesday, February 23, 2011

nasihat

Dulu. Satu brader pernah cakap pada gua.

'Kalau kamu nak jadi engineer, kamu mesti jadi engineer yang nombor satu. Kalau nak jadi pengurus bank, jadilah pengurus bank yang nombor satu juga. Kalau nak jadi rambut kuning, hisap gam, ahli kelab malam dan segala-galanya pun, jadilah yang nombor satu. Pendek kata, kalau buat apa pun, into apa bidang pun, mesti jadi yang nombor satu. Mesti jadi yang terbaik. Yang paling handal. Yang paling ekselen.'

*jika kalian berminat hendak mengetahui identiti brader ni klik sini

Lebih kurang macam itulah brader tu cakap sampai serak serak angsa. Gua tak ambil mudah perkara yang brader tu cakap sebab memang ada betulnya. Cuma yang rambut kuning dan yang lepas lepas tu, gua reka sendiri pasal nak kasi ada jiwa.Brader yang sebenar pun gua tak kasi gambaran tepat sebab gua dah janji nak merahsiakan identiti beliau.

Tuesday, February 22, 2011

SMS

Sepanjang hari Rabu ini, ada beberapa SMS masuk ke telefon bimbit gua. Disebabkan gua tak ada kredit ini hari, gua balas kat sini. Tak ada la kaya sangat Celcom nanti.

'Tolong bagi nombor henfon ayah hang' - Mat(kacip gua)
Jawapan gua: 'Aku dah ada kasi emel nombor telefon ayah aku tadi. Aok check balik.'

'Watpe?' -Dewi
Jawapan gua: 'Tak buat apa pun. Hah apa hajat saudari?'

'Bila nak balik rumah??Mak tanya.' - Siti (adik gua)
Jawapan gua: 'Tak tahu menahu lagi.Kalau hang ada nampak kereta RX-8 kat depan rumah tu jangan bedebar sangat.Aku dah balik la maknanya.'

'Duit lu aku dah bank in kan tadi.Lebih kurang rm*****?' - Apis(member gua yang tak boleh diharap sangat)
Jawapan gua: ingat gua percaya sangat cakap lu.Gua bukan budak darjah tiga!'

'Salam tuan , sorry la banyak banyak pasal semalam punya eksiden.Saya banyak menyesal sudah.Balik balik rumah terus saya murtad dan peluk itu islam juga.Tak sia sia tuan lempang saya laju laju sampai berdarah telinga.' - Pegawai Polis Kangar( India yang jenis belagak tak tentu hala)
Jawapan gua: 'Orait. Sama-sama.'

'Main snooker hujung minggu ni?' - Aziz
Jawapan gua: 'Pukimak apa lu?. lu ingat gua ada kat rumah ke time ni. Tunggu la gua cuti sem nanti.Kalau main sekarang pun bukan nya lu boleh menang dengan gua.'

'Balik cuti nanti lu kumpul budak-budak kita.Gua ada nak buat barbikiu sikit.Semua gua payung!' - Jiran lama
Jawapan gua: 'Orait bai. Gua akan maklumkan pada itu kutu-kutu.'


Macam biasa. SMS Aziz juga yang paling gua panas bila baca.

Monday, February 21, 2011

lawatan sambil belajar

Baru-baru ini kelas kami ada mengadakan satu lawatan penting ke tempat bersejarah. Cewah! mantap lagi nampaknya ayat BM gua macam dalam kamus dewan bahasa jilid 4. Kalau  tak silap gua paling last gua pakai ayat skima ni masa gua darjah tiga. Itu pun hampir-hampir dapat B subjek penulisan gua tu. Orait, gua kat sini bukan nak sembang pasal penulisan sebaliknya gua nak cerita pengalaman hujung miggu gua bersama kutu-kutu serumah.Entah macam mana kami boleh terpijak kaki ke muzium Kota Kayang pula baru-baru ni.

Kalau tak silap gua dah dekat dua tahun gua lepak Perlis ni tak ada siapa-siapa pun berani ajak gua lepak kat sini. Budak-budak kelas gua pun tak mengada-ngada nak usulkan pergi melawat ke tempat ni. Apa yang menghairankan gua bila si budak sepang ni tetiba je ajak melawat muzium. Gua rasa beliau dah bosan tiap-tiap mingggu lepak shopping Mall agaknya. Gua ni jenis pantang diajak, terus gua 'on' je.Ni sempat gua snap gambar nak dijadikan kenangan.

mencangkung dari kiri:- brader Klang, budak Perak, budak Sepang dan juga Abang Long kulim.




Orait..orait...gua tak nak cerita panjang sampai tiga empat mukasurat.Nak tahu macam mana tempat tu klik je  i like perlis ni. Gua bukannya nak promote ke apa. Manalah tahu kalau sedara-mara lu orang ada sampai Perlis , kalau dah tak tahu nak bawa pergi mana, gua rasa tempat ni boleh dijadikan destinasi ke-34. Yang no 1-33 tu lagi elok  bawa diorang pergi Perak ke, Kedah ke lagi cun Thailand.Silap haribulan tak nak balik pun ada.

    notice: muzium ni memang ngam dengan jiwa penggemar sejarah-sejarah Kesultanan Melayu melainkan gua.

Thursday, February 17, 2011

barcelona VS arsenal


Game  arsenal vs barcelona pagi tadi memang gaya dia macam barcelona boleh je makan si arsenal tu. Macam biasa budak-budak barsalona nie main cara diaoranglah(total footbal) dan budak-budak arsenal dah macam kena ayam. Fist half memang barca tampak garang dengan menguasai prosession dan mendahului jaringan gol. Messi pula dah dua gol dia sumbat tapi satu pun tak dikira. Second half bila sepak mula sahaja gua tengok arsenal dah mula dapat baca taktikal barca. Barca pula dah main serupa gampang. Kalau nak tahu macam mana game yang selanjutnya sila klik  sini .Cilake, gua punya teh terus rasa tawar lepas minit ke-90!

Friday, February 11, 2011

kembar Obama

President Amerika siapa yang tak kenal.Kalau gua cerita panjang lebar sampai 5km pun tak guna.Semua orang kenal si Obama tu.Tambah-tambah dia ni sorang je 'malap' atau kurang pencahayaan lampu dalam bayak-bayak presiden Amerika.Dengar cerita si Obama ni ada banyak orang kembar. Dekat dekat belah Indonesia ada sorang memang agak serupa la juga.Siap masuk surat khabar lagi.Memang nak mencari publisiti murahan betul kata orang tua-tua kampung gua.

Gua terkejut juga bila dengar dekat Malaysia pun ada juga kembar si Obama ni.Bila gua teliti betul-betul gambar dia, memang ada chemistery 90% sama macam Obama tu.Satu je gua takut pasal hal ni.Takut-takut geng-geng Taliban salah serang hendap orang pula.Kalau tak percaya lu orang tengoklah sendiri senibina rupa kembar ni lepas tu pandai-pandailah menilai ikut cara masing-masing.Tapi gua hairan kenapa kembar Obama Malaysia ni tak nak masuk surat khabar.Dah glamour agaknya dak.

    *notakaki:-  gua rasa mamat ni selalu berpeleseran dekat area Batu Pahat, tak pun belah -belah Laka Selatan .
                              
       


7 Things That Scare Me :



1. Cedera membabitkan jalan tar
2. Bentesan keras dari belakang ketika di depan gawang terbuka luas
3. Dipanah petir ketika bergurau
4. Matematik tingkatan 2 ke atas
5. Member-member rapat semua join tabligh
6. Jatuh bersepah depan makwe  berduyun-duyun di kolej gua
7. Sakit perut dalam bas ekspres. Bas dah berhenti rehat tadi.

Thursday, February 10, 2011

makan besar

duduk dari sebelah kiri:- chip halis(adik abby yus),apix WDV, adham besar(kaki pukul),zambrotta...(yg belakang-belakang mintak maaf gua dah tak  ingat)
   duduk dari sebelah kanan:- halim(businessman), wan kulai(rambut yang paling lurus abad ni)



 Gambar ni gua sempat snap time budak-budak manufact 'makan besar' sempena Tahun Baru Cina atau bahasa moden (CNY). Dalam ramai-ramai tu ada lah terselit sorang dua budak current yang dijemput khas.Identiti memang kena rahsia kalau tak dianggap murtad kos pulak.Gua memang tak berani nak cerita panjang pasal hal makan besar ni.

Memang perjumpaan sebegini 'private' sebenarnya.Gua je yang curi-curi snap time kutu-kutu ni tengah ralit melayan juadah yang enam bulan sekali baru dapat rasa.Lagi ralit bila dengar si Zambrotta tu gebang.Kalau si Apix WDV tu konpem hancing punya kena kencing.Lagak diorang punya makan besar ni gua tengok dah macam geng kaki pukul pula, tapi bukan mat rempit la. Semua meja kat KFC tu disapu bersih oleh kutu-kutu ni.Nak makan meja ke nak makan ayam tu gua tak pasti.

Wednesday, February 9, 2011

ron 95 atau 97 lagi baik.

Pagi betul gua bangun pagi tadi. Pagi pagi ni orang tua tua kata murah rezeki.Masuk je kelas lecture gua sibuk sembang pasal ron minyak. Gua memang tak ambil pot sangat dalam hal-hal ron ni sebenarnya.Ada yang kata SHELL tu lebih kilometer.Itu gua tak berapa pasti, tapi kalu nak tahu cubalah sendiri.  Apa yang gua  hairannya bab yang gua belajar pagi tu pendek je , tak sampai pun tiga mukasurat. Dia punya sembang pasal minyak boleh bawak ke dua hari mendengarnya. Kalah Khairi Jamaluddin bagi ceramah. Kalau nak tahu sangat pasal ron minyak  gua boleh tunjuk. 
Nah amik kau!


Hah baca sendiri. Malas gua nak cerita pasal Top Dead Centre kat sini. Gua dulu pakai Dispet Bukan Perlumbaan (RON25+RON97) je. Tak ada pun nak bising-bising. Ni lagi satu motor gua pakai RON100-105 sebab motor racing. Lagi pening kepala. Tiap-tiap bulan gua kena order petrol dari Jerman.