Sunday, April 24, 2011

Sikap

Seminggu dua ni gua tak berapa nak 'in' sangat menulis.Entah macam mana spirit gua kebelakangan ni berat ke membaca buku buku agama pula.Agak-agaknya jalan yang penuh berliku yang gua telah lalui dengan semangat sentimental padu selama ni mula berjumpa simpang jalan yang lurus....ye dak!Sejak dua menjak ni beberapa perkara berjaya menguji tahap kesabaran gua.Meluru-luru masalah datang  macam peluru senapang patah.Alah bisa tegal  biasa, bagi seorang jejaka berbadan bidang, panas baran mengikut iklim Bumi,gemar main gasing semasa sekolah rendah, makan nasi sehari sekali, dan berkebolehan membaca tulisan jawi secara runcit-runcit macam gua ni, segala problem mesti gua dapat 'setel'kan.Masalah-masalah sekeliling  ni bukannya perkara baru dalam kehidupan seharian gua .Yang wahidnya bijak tak bijak kita selesaikannya.

Memang gua nak cakap masalah berebut makwe tu bangang, tahap-tahap budak darjah empat punya masalah.Setakat masalah  member-member tak bayar hutang tu, tangan gua yang penuh dengan nasi pun gua sanggup pergi bergelut lagi.Lain la masalah tayar motor pancit.Mahu tak mahu tiga empat hari juga nak kena fikir.Tambah-tambah lagi hujung bulan ni kapasiti not not merah tu memang susah nak menjelma.Lagi baik masuk rumah bancuh air teh secawan dua.Masalah  memang tak selesai tapi tekak yang dahaga tu siapa yang tahu. Cilake, apahal gua punya cerita terpesong serupa gampang ni.Tajuk langsung takde kemisteri dengan bahan cerita.waaachhaa!!!

Saturday, April 9, 2011

Henset itu satu kecanggihan -Din Rahman

Bercerita pasal kecanggihan dunia ni memang tak akan habis sampailah kita ditelan usia, dimamah Bumi, di bawa ke hari perhitungan, merentasi titian Siratulmustakim....dan hinggalah kita ditentukan kelompok Syurga dan Neraka.Point yang gua nak ketengahkan kat sini ialah berkaitan dengan kemajuan sosio ekonomi dan teknologi terkini.Henset........siapa tak kenal henset???budak-budak pra-tadika yang hafal A,B,C sampai F pun tahu pasal henset ni.

Zaman sekarang ni adalah zaman moden.Bapak gua yang dulu gemar guna talipon rumah pun dah beralih minat menggunakan medium talipon mudah alih ni, tapi yang biasa-biasa sajalah, mana mampu macam Din Rahman kan.Gua, member-member gua,pakcik-pakcik yang bawa bas sekeliling gua mahupun makcik yang jual air tebu depan kolej gua tu semuanya pakai henset, tapi yang biasa-biasa saja....mana mampu macam Din Rahman kan.Sehari kalau gua keluar rumah tak nampak orang pegang henset gua rasa tak tenang.Rasa nak marah pun ada juga.Silap-silap gua akan tendang tong sampah kasi beterabur.Rasa macam negara ni tak canggih sama macam negara Jepun.Nak mengorat makwe pun mesti henset kena pegang kasi tangan tu mewah-mewah sikit.Tambah lagi kalau pegang henset macam Din Rahman, tak payah mintak nombor pun takpa.Makwe-makwe yang beterabur lari nak isi nombor dalam henset tu.Sampaikan ada yang jatuh tersepak kaki sendiri. Fuh hebat.....hebat sungguh gayanya henset Din Rahman ni bukan.

vivaz Din Rahman keluaran 09 APRL 2011

 sedikit sebanyak tentang vivaz Din :
-ditangkap khas diatas kayu yang dibersihkan khas sesuai bagi scene penggambaran
-mempunyai kekuatan kamera 8.1 megapixels (tangkap gambar Rahim boleh nampak putih)
-video berkualiti HD..nak tahu HD tu apa search sendiri google
-bekeadaan nipis supaya senang dibawa dan boleh letak dicelah-celah peha time exam
-memori dibekalkan 8G .Cerita hindustan 3 biji filem boleh muat ni.
-GPS yang serbalengkap bagi memudahkan pengembaraan.
-hanya 'detect' pada tangan tangan yang berkualiti sahaja(touch screen).



Peh!!!!!!!! henset macam ni siapa yang tak nak.Kalau budak-budak hisap gam nampak mahu berketap gigit bibir.Dalam kepala dah fikir nak tolak dekat kedai sekenhen buat beli stok dua tiga bulan.Tambah pula orang kebanyakan macam gua ni tengok, mahu kecur air liur gayanya.Tapi bukan  orang sebarang boleh pakai henset macam ni.Beliau mestilah bekerjaya dan mempunyai ciri-ciri yang sebaya sama macam Din Rahman.Kerja hari-hari kutip lada  pun belum tentu boleh pakai henset ni lagi.Mengikut perkiraan matematik gua yang tak sehandal mana, gua harus mencari elaun RM6 sehari selama 6 bulan.Maknanya, gua kena mengetatkan jadual makan gua dari dua ke sehari sekali saja.Barulah boleh angkat 'barang' ni.Duit duit lebih sikit-sikit tu bolehlah gua buat beli sim card baru dan pekena roti nan sama susu lembu kat kedai mamak Kangar.Jadi, gua sekarang tengah sedaya upaya cari kerja 'part time' kes nak pakai henset macam Din Rahman punya pasal.

Friday, April 1, 2011

nama

Kenapa,bagaimana dan  mengapa gua suka tukar tukar nama???? Tak kiralah dari segi nama di fesbuk ke, skype ke mahupun title blog gua ke. Itulah salah satu kelebihan atau seni yang gua ada tapi member-member gua tak ada.Amacam... 'rare' kan. Lain hari kalau gua  ada dengar lagi  mana mana  makhluk yang kompelin pasal gua suka tukar nama ni, elok gua kasi tampar je.Suka sangat nak jaga tepi kain pelikat gua. Gua ni bukan jenis yang boleh senang-senang nak diajak begurau.Series je memanjang sama macam harimau .Sehari gua tak series, hati gua  jadi tak tenang. Lagi pula kalau nak ajak begurau pasal hal hal agama sama  hal kebersihan. Memang gua tak kasi can langsung.Pantang salah sikit terus gua ajak jumpa mufti.Satu lagi gua nak ingatkan.Gua pun tak tahu sebab apa gua suka tukar-tukar nama.Ingat tu! Kalau tak puas hati jugak.......lu tunggu!  lu tunggu! lu tunngu je lah sampai gua jumpa sebab dia.