Sunday, June 5, 2011

berhadapan dengan cikgu Razif

masa gua sekolah rendah dulu, ramai juga yang gua berkawan.masa tu pergaulan gua tak ada batas.semua gua bergaul tak kira bangsa, lelaki ke perempuan.bergelut pun apa kurangnya.semua gua ambil pot.tak kesah pangkat tinggi mana pun,kalau ajak bergelut gua tak boleh pandang remeh.tukang kebun yang belagak dengan batang cangkul pun gua libas sebelah tangan je.keh keh keh!

nak katakan gua ni glemer tak lah sangat masa tu.tapi gua rasa kerani pejabat sekolah tu memang dah basi dengan muka gua ni.Hari-hari cikgu Azura  suruh gua ambil kapur dekat pejabat.Demand nak tinggi je, mintak kapur yang warna warni.mood ceria la konon.mentang-mentanglah gua masa tu batang kayu,mudah saja kena suruh.empat kali suruh empat kali gua sanggup berlari pegi pejabat.tunjuk bagus la gamaknye.

suatu hari masa gua darjah berapa entah,suam suam kuku juga nak mengingat tarikh masa tu jadi gua mudahkan menjadi tahun gua darjah atas peringkat sekolah rendah(lingkungan darjah 4 ke darjah 6).masa tu tak silap gua si cikgu Azura tadi meminta pertolongan gua pergi ke bilik guru.pada masa tu memang gua jenis berkebolehan mengendalikan tugas tugas sampingan cikgu-cikgu ni.semua budak-budak tak dengki dengan gua sebab diorang tentu paham tugas ketua kelas ni memang menjadi balaci cikgu.kah kah kah!

sampai saja ke pintu bilik guru gua rasa bedebar.cikgu Razif sedang ralit membuat kerjanya didalam bilik guru.meja dia pula betul-betul mengadap muka pintu.zaman tu siapa yang tak kenal dengan cikgu Razif ni.bab-bab melempang orang tak tentu hala dialah paling champion.jerkah budak sampai terkencing dia juga.siku kepala gua sampai gua mengadu dekat mak gua, dia lah king.nasib baik mak gua ni jenis tak ada tomoi.kalau tidak dah lama cikgu Razif tadi kena buah lutut empatbelas kali dekat perut tanpa henti.

gua tarik nafas dalam-dalam seumpama nak menyelam ke sungai.gua buka kasut bata yang tapak setebal bata tu slow and steady.masuk kedalam dengan penuh berhemah macam budak pengawas nak minta tandatangan bacaan sifir dan terus menuju ke meja cikgu Azura.yang menjadikan gua tiba-tiba nak mencarutnya, apahal la masa tu juga gua lupa yang gua tak tahu dekat mana koordinat meja cikgu Azura tu.dah la tak ada cikgu-cikgu perempuan yang gua nak tanya,usatazah pun tak ada mundar-mandir kat situ, yang tinggal si pelempang tu saja.niat nak bertanya ke cikgu Razif tu ada hanya 10% saja pada gua.yang 90% lagi nak patah balik ke kelas.

aduh! macam mana gua nak buat ni.tunggu lama-lama dekat sini nanti  mahu kena maki pula dengan cikgu Azura.memang detik itu gua sudah menyerah pada takdir.gua terpaksa kuatkan semangat rohani dan jasmani untuk pergi bertanya ke cikgu Razif .gua terus baca doa pendinding bagi mengurangkan debaran.yang gua tahu baca bismillah saja,doa-doa lain yang gua hafal langsung tak mengena dengan situasi.ada juga doa kebal yang gua ingat, tapi bahasa jepun yang goku pakai time nak fight dengan musuh.gampit!

gua  majukan langkah demi langkah ke meja beliau. lebih kurang lapan langkah lagi gua rasa nak sampai, tiba-tiba ustazah Zabedah yang mengajar muzik masuk.tak silap gua lagu pendidikan muzik yang tengah top masa tu ialah lagu  jong jong inai.sempat juga mulut gua terkumat kamit menyanyi lagu jong jong inai tadi sambil melihat wajah ustazah Zabedah yang penuh dengan harapan .nak tunggu apa lagi, terus gua kasi belok 90 darjah bersudut tepat melencong ke arah ustazah Zabedah.laju tak laju gua kasi jalan laju-laju menuju ke beliau.terus perasaan gua jadi berani macam ada bela harimau dekat rumah.peh!