Tuesday, January 25, 2011

DisiPlin

Minggu lepas  gua ke satu kedai yang dinamakan kedai perkakas rumah. Gua pergi seramai empat orang iaitu gua, budak Perak, Abang Long dan braser Klang. Semua ke sana berbekalkan misi masing-masing. Misi brader Klang ialah untuk membeli  penyangkut baju.Misi budak Perak ialah membeli sepit-sepit baju. Abang Long misinya ialah usha makwe. Gua pula datang semata-mata nak telan air liur.

Sebenarnya dalam kalangan kami berempat, itulah pertama kali gua dan brader Klang pergi ke gudang pekakas rumah popular masa kini itu. Tapi kalau dilihat berdasarkan pengalaman, budak Perak dah mula menjejak kaki ke situ sejak permulaan pengajiaannya lagi. Antara kami, dia paling champion setakat ini. Abang Long sendiri mengakui bahawa dia belum mendapat makwe ketika itu. Gua pula entah ke tengah sibuk berfutsal diatas tar  pada waktu itu.

Lepas gua pusing-pusing, terhiling-hiling dan terkernyih-kernyih satu kedai tu, gua rasa macam tak patut gua pergi situ. Orang yang patut masuk ke dalam gudang itu adalah orang yang mempunyai disiplin hidup yang bagus, teratur dan pandai membahagikan masa. Barang-barang dalam tu semua untuk orang-orang macam tu. Orang-orang yang rajin menyangkut, rajin menyimpan, rajin menyusun atur, rajin membuat pengasingan, tak boleh tak selesa, rumahku syurgaku,  ada konsep minimalis maksimalis dalam kepala, perlukan pencahayaan sempurna, pentingkan ergonomik, menitikberatkan fungsi dan estetika, stailo, pengaruh TV, bilik member power dan sebagainya.

Gua tak bersedia lagi untuk itu semua. Setakat ni rasanya gua ok lagi sangkut seluar pada paku belakang pintu. Kalau tak cukup paku, gua sangkut pada tingkap. Tak cukup tingkap, gua attack tombol pintu. Nak tidur pula, gua boleh tidur mana mana ikut dan. Nak buat kerja, gua sihat lagi nak bersila dan meniarap.

Tapi kalau gua ada 6 juta dalam bank, lain la pula cerita dia.

Berkenaan kesudahan rombongan gua tadi, semua yang ada misi membeli pulang dengan hati yang girang sambil dalam kepala dah 'mark' satu dua barang nak beli lain kali.

Friday, January 21, 2011

Lapar tahap dewa

Lepas balik dari mana ntah..gua pun capai satu tuala belang-belng dan mandi-manda. Cilake, tetiba je gua rasa lapar sangat. Bulan ramadan pun tak lapar macam ni. Nasib baik gua bukan jenis bila lapar saja, mengamuk. Asal lapar sikit, terajang pintu.

Gua ajak Jemir pergi makan. Jemir pula kata dia dah makan. Tak sempat gua nak pijak Jemir, dia dah setuju follow gua pergi makan. Ada ke cerita pendekar bujang lapok yang dah basi tu pun nak tengok?

Sampai kedai makan, gua order nasi goreng satu. Jemir minum teh tarik. Nampak steady sikit agaknya. Sementara nasi goreng gua sampai, gua borak dulu dengan  Jemir. Kalau tak borak, baik gua datang sorang.

Nak dijadikan cerita, nasi goreng gua pun sampai. Gua buat muka tenang. Tekak gua dah kucar-kacir. Tanpa berlengah lagi, gua makan nasi goreng dengan lahap dan penuh kesyukuran.

Habis saja nasi goreng, tiba tiba gua hairan. Tadi lapar. Sekarang apahal kenyang gila..

Monday, January 17, 2011

pErhimpunAn

Zaman gua sekolah dulu, tiap-tiap hari ada perhimpunan pagi. Pukul 7.15, semua dah kena beratur menghadap bangunan sekolah. Awal betul. Tak ada langsung nak timbang rasa dengan jadual tidur gua. Sebab itu kadang-kadang gua kena makan roti canai isi kuah dal lipat dua sambil berjalan.

Biasanya setiap pagi semua pelajar akan mulakan perhimpunan dengan menyanyikan lagu sekolah. Gua pun dah tak berapa ingat dah dia punya senikata. Selesai lagu sekolah, lagu kedua menyusul. Lagu kedua ini berbeza mengikut hari. Ada hari kena nyanyi lagu negeri Pahang, ada hari yang kena Asma Ul Husna, ada hari yang pekena lagu Malaysia Sejahtera apa benda entah. Tapi yang paling gua suka, setiap hari rabu ada satu lagu 'mainstream' yang kami kena nyanyikan beramai-ramai. Lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. Entah ya entah tidak tajuk dia.

Bila mula saja lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh itu, 2-3 orang kutu mesti buat-buat gaya smash. 2-3 kutu baris sana pula buat-buat gaya angkat smash. Kemudian yang belah belakang kasi drop satu. Ada yang cuba-cuba main net.

Gua pula macam biasa. Sedaya upaya gua cuba dapatkan ton suara Nash. Sampai sekarang tak jadi.