Tuesday, January 25, 2011

DisiPlin

Minggu lepas  gua ke satu kedai yang dinamakan kedai perkakas rumah. Gua pergi seramai empat orang iaitu gua, budak Perak, Abang Long dan braser Klang. Semua ke sana berbekalkan misi masing-masing. Misi brader Klang ialah untuk membeli  penyangkut baju.Misi budak Perak ialah membeli sepit-sepit baju. Abang Long misinya ialah usha makwe. Gua pula datang semata-mata nak telan air liur.

Sebenarnya dalam kalangan kami berempat, itulah pertama kali gua dan brader Klang pergi ke gudang pekakas rumah popular masa kini itu. Tapi kalau dilihat berdasarkan pengalaman, budak Perak dah mula menjejak kaki ke situ sejak permulaan pengajiaannya lagi. Antara kami, dia paling champion setakat ini. Abang Long sendiri mengakui bahawa dia belum mendapat makwe ketika itu. Gua pula entah ke tengah sibuk berfutsal diatas tar  pada waktu itu.

Lepas gua pusing-pusing, terhiling-hiling dan terkernyih-kernyih satu kedai tu, gua rasa macam tak patut gua pergi situ. Orang yang patut masuk ke dalam gudang itu adalah orang yang mempunyai disiplin hidup yang bagus, teratur dan pandai membahagikan masa. Barang-barang dalam tu semua untuk orang-orang macam tu. Orang-orang yang rajin menyangkut, rajin menyimpan, rajin menyusun atur, rajin membuat pengasingan, tak boleh tak selesa, rumahku syurgaku,  ada konsep minimalis maksimalis dalam kepala, perlukan pencahayaan sempurna, pentingkan ergonomik, menitikberatkan fungsi dan estetika, stailo, pengaruh TV, bilik member power dan sebagainya.

Gua tak bersedia lagi untuk itu semua. Setakat ni rasanya gua ok lagi sangkut seluar pada paku belakang pintu. Kalau tak cukup paku, gua sangkut pada tingkap. Tak cukup tingkap, gua attack tombol pintu. Nak tidur pula, gua boleh tidur mana mana ikut dan. Nak buat kerja, gua sihat lagi nak bersila dan meniarap.

Tapi kalau gua ada 6 juta dalam bank, lain la pula cerita dia.

Berkenaan kesudahan rombongan gua tadi, semua yang ada misi membeli pulang dengan hati yang girang sambil dalam kepala dah 'mark' satu dua barang nak beli lain kali.

No comments:

Post a Comment