Friday, March 25, 2011

si Rohim

Baru-baru ini selesai saja menjahit baju kotak-kotak gua yang terkoyak sana-sini, gua bercadang untuk pekena lepak kat satu 'port'.Port ni memang tidak asing lagi bagi penggemar-penggemar rokok bebas cukai(DF).Berbekalkan senyuman manis yang ada, gua pergi tanpa hala tuju kesana.Manalah tahu kalau  rezeki gua murah haritu mungkin gua dapat makan mempelam dari Changloon tak pun isap rokok dua tiga batang secara percuma.

Dalam perjalanan yang agak singkat ke sana, gua berjalan sambil lewa menuju ke bilik Rohim. Masuk saja dalam bilik..gua agak terkejut bila tengok si Naim budak Grid punya kondisyen. Biru-biru laut juga muka gua 'time' tu.Gua rasa mungkin dia kena renjatan elektrik tahap 1000 ke 1200 Watt.Gua buat endah tak endah je pandang takut takut berjangkit pula.

inilah keadaan Naim ketika menghadapi renjatan..memang power gaya dia ni.


                

Kebetulan pula masa tu si Rohim baru sampai.Entah dari mana dia muncul gua tak pasti lagi tahu tahu dah ada depan muka pintu, tapi bukan mukabuku. Gua sembang lebih kurang je dengan si Rohim tadi.Spirit gua nak bersembang dengan dia memang tak ada langsung time tu yang ada spirit nak mengepau rokok. Sekali-sekali gua pandang si Rohim ni nampak gayanya macam dah banyak berubah.Tak macam hari-hari biasa yang selalu gua nampak.Jenis tak pegang parang dengan pisau rembo dah.Lagi satu muka dah tak ketat macam orang orang susah yang selalu fikirkan masalah kehidupan yang berat-berat. Kemana hilangnya sifat dia tu gua masih tertanya-tanya ,tapi tabiat sediakala dia memang tak boleh tinggal. Menghisap rokok daun balut memang kegemaran dia sejak dibangku sekolah rendah lagi.

Rohim dengan penampilan yang ala-ala geng surau
 

Lama juga gua lepak kat sana tapi tak ada hasil.Din Rahman yang selalu terselit di celah-celah katil pun tak ada masa tu.Hari tu memang banyak benda yang  tak lengkap gua rasa.Si Rohim pula asyik sembang hal-hal agama.Buka cerita pasal hal dunia akhir zaman lah, 10 ciri-ciri ahli neraka lah..pung pang pung pang sana sini lepastu  tak nak mengaku salah sendiri. Gua dah rasa tak berapa tenteram lepak situ.Sambil sembang sambil sindir gua sekali dua.Gua senyum nipis walaupun dalam hati mencarut melantun-lantun kat si Rohim tu . Naim yang dari tadi kena renjatan elektrik tiba-tiba saja  gelak kuat-kuat dekat gua.Hati gua makin rasa panas.Terus gua jeling tajam dekat si Naim tadi.Naim yang perasan dengan tindakan halus gua tadi terus jadi kucar-kacir  buat-buat main keyboard dan sambung semula kena renjatan.Gua ketawa kecil.

Thursday, March 24, 2011

cendawan goreng

shamer mokhtar selaku jejaka gerai



jenis perniagaan :  gerai cendawan goreng

kategori :  amatur

pemilik gerai : Azrul dan Atip (MEKA). Wan meka bertindak sebagai pembantu jika keadaan   berterabur

pegawai operasi : Roy selaku pemantau berkala

barang perniagaan    : 
               -cendawan goreng (3 cucuk = RM1.00)
              -air minuman berkodial (sebekas = RM 0.50)

ciri-ciri perniagaan
           - berniaga dimana-mana sahaja.
           - dengar khabar dah 'booking' tapak setiap pasar tani dan pasar malam dekat area Perlis.
           - akan berniaga secara tidak langsung di KKF (jika dibenarkan) 

cita-cita peniaga     : mahu mengembangkan perniagaan ini di sekitar Perlis, Kedah dan Penang.

kelemahan yang ada : lepas balik modal terus tutup. Tak tahu la pasal apa.




sejenak

Suatu hari sedang gua bergembira menghirup udara segar di bibir kaki lima rumah, tiba-tiba muncul seekor tikus melintas betul-betul depan gua. Dah la melintas, lepastu langgar pula kaki gua . Terkejut punya pasal  terus gua melompat sana sini sambil mulut terkumat-kamit mencarut ke si tikus tadi. Berderau darah gua tidak kepalang.Naik turun naik turun seakan-akan palam pencucuh.Perasaan marah tu ada terselit juga tapi jenis tak tahu nak marah siapa.Selepas beberapa detik, gua kembali normal.Gua sambung  duduk semula atas kerusi malas bapak gua yang baru dibeli seminggu lepas.Sambil mengira-ngira bintang dilangit,ada juga kadang-kadang gua fikirkan pasal jodoh tapi tak lama, seminit dua saja.Gua tahu jodoh ni Tuhan yang tentukan.Takyah la susah susah nak difikirkan sampai naik urat-urat kepala.Paling koman pun golongan artis jodoh gua tu.

Melihat persepsi orang zaman sekarang, semua nak menantu yang kaya-kaya, jenis pakai kereta besar-besar,tak makan dekat warung, beli basikal sama dengan harga motor,ada kolam ikan besar-besar bas belakang rumah,rumah ada tiga empat biji, selipar lagi mahal dari harga kasut, dompet tak pernah kosong  dan lain-lain perkara yang selalu orang kaya ada.Pasal dompet tu gua setuju.Wajib kena berisi .
Renung-renung balik,  peh!!! memang tak ada langsung ciri-ciri tu dekat diri gua ni.Biasalah hidup orang kebanyakkan.Kais pagi makan pagi ada lebih bawak ke makan malam. Ah, tak seronok juga fikir pasal orang kaya-kaya ni.Fikir lama-lama pun bukannya gua boleh jadi kaya macam diorang .Tapi jika gua usaha berlipat-lipat kali ganda mungkin juga boleh jadi kaya.Terus gua angkat kaki masuk ke dalam rumah.Hajat gua nak sambung berangan atas katil....barulah steady sikit .Manalah tahu jadi kenyataan.


Wednesday, March 23, 2011

target

Fenomena yang melanda gua sehari dua ni adalah gangguan bekalan air.Antara sebab-sebabnya gua tak pasti lagi.Mungkinkah berlaku kerosakan kepala paip utama di tong besar-besar bas yang membekalkan air ke kawasan perumahan gua adalah persoalan utama bagi gua.Persoalan sampingan yang juga boleh diambil kira adalah kebarangkalian Brader Klang tidak membayar bil air langsung selama tiga bulan ni ataupun Budak Sepang mandi 15 kali sehari sampai kering air dalam tangki simpanan.Dahsyat gila budak Sepang ni. Power....power....

Jadi, seperti orang kebanyakkan, gua juga mempunyai cita-cita atau lebih elok digelar target jika bekalan air ini disambung semula.

Antara Target gua :-
1. membasuh muka(gosok gigi jika ada bekalan ubat gigi)
2.membasahkan rambut supaya kelihatan seperti sudah mandi
3.panaskan air untuk dimasak maggi
4.membasuh pakaian seperti ibu-ibu dirumah
5.mempergunakan toilet sebaik-baiknya
6.mandi jika berkeinginan

Jika bekalan air ini masih tidak disambung lagi, nescaya gua akan sambung tidur semula.

percaturan hari bagi seorang pelajar

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,   Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat.   Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik. Mari kita kira!   Hari Minggu 52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.   Hari Cuti Umum Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dansebagainya. 

Baki tinggal 283 hari.  Cuti Semester Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.   Baki tinggal 223. Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.   Beribadat Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.   Bermain hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80. 

  Makan : Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.   Berborak Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.   Sakit Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.   Exam Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam. Baki tinggal 21 hari.  

Refreshing Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.   Surfing Internet Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.   Jadi baki tinggal 1 hari.   Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

7C pada WANITA, 8G pada LELAKI

7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu


Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.


4. Cuai


Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar

Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul

Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu  mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........



8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita


1. Garang

Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka
marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.

2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan
lawannya.

3. Gementar

Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.


4. Gabrah

Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje,
dan sebagainya.

5. Gentleman tiada Langsung

Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.

6. Gerumal

Bahasa kedah-bohong atau tipu.

7. Ganggo Keterlaluan

Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.

8. Gatal

Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.

Rahsia Bibir Wanita


Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis

Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal


Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya

10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI



1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Wednesday, March 9, 2011

cerita petang itu

Pada suatu petang itu, gua rasa lain macam.Rasa dia macam nak pergi tendang budak  yang terlibat dalam kes rogol berkumpulan  tempoh hari.Gua gosok dua tiga kali dada  bidang gua. Fuh, nasib baik boleh besabar lagi."Seerruupp....." sliding door gua buka secara waspada .Bukan apa takut-takut nanti terkepit jari pula.Manalah tahu benda nak jadi kan(bisik hati kecil gua).Gua lepak dekat satu ruang balkoni hadapan rumah  yang keluasan dia lebih kurang boleh muat enam biji motosikal kapcai jika disusun secara teratur.Gua pandang kearah sawah padi yang tenang  dan melihat keindahan langit ciptaan Yang Maha Esa.

Suasana petang itu memang nyaman.Burung-burung berkicauan riuh-rendah macam pasar malam, matahari kemas memancarkan suria petang,  ada seekor dua budak-budak kolej berjoging-joging untuk menyihatkan badan dan ada juga yang tersepak batu lalu jatuh tersungkur depan mata gua.Gua buat rileks macam tak ada apa apa yang berlaku.Sikit pun gua tak senyum.Sambil merenung masa depan gua yang tak tentu hala lagi, gua pekena sebatang rokok seludup.Fuh..fuh..fuh..dua tiga kali gua hembus dengan pelagai aneka bentuk asap rokok.Tiba-tiba kedengaran satu suara menegur gua dari arah yang tak diketahui posisinya.

 " tak pegi bermain-main ke petang nie??"

Gua toleh kiri dan kanan nak usha line mana suara itu datang.

"woi kat sini la."- kali ni bunyinnya agak tegas sikit seakan maahukan perhatian gua.

Gua toleh ke arah sebatang pokok pukul 11 dari kedudukan gua tadi.

" oh kau rupanya tupai.Aku ingatkan makwe mana yang menyapa aku tadi.Tengok la dulu.Kalau ada budak-budak main aku join la.Yang kau tu tak pergi mana-mana ke petang ni??"

bingkas gua jawab persoaalan tadi dengan nada yang sentimental.Rokok gua masih dihujung bibir lagi.
 
 "aku nak pegi  ambil angin la ni.O.k la aku gerak dulu.Nanti senja pula.Chau!"
 -balas si tupai.


Si tupai tadi pun berlari-lari anak diatas kabel-kabel letrik dari tiang ke tiang.Sampai saja  tiang yang ke tiga , entah macam mana, si tupai tu jatuh.Tergelincir agaknya tu.

"Fuh, nasib baik bukan aku yang jatuh"

-kata gua sambil menjentik puntung rokok kearah longkang.Gua geleng kepala tiga empat kali.

  "wei, jom gi main takraw"  -ajak si Ajid housemate gua.

"Orait lu pegi dulu.Gua menyusul kemudian .Gua nak siap siap dulu." -balas gua 

Gua terus masuk ke bilik mencari pemakaian yang bersesuaian dengan permainan sukan  takraw tersebut.Gua kasi pamping seratus dua dulu sebagai pemanas badan.Setibanya di 'site' permainan,  gua tengok Ajid dengan rakan-rakan yang lain ralit menimbang bola.

"Ah, dah dekat lima minit ni satu bola pun tak singgah lagi kat kaki aku."  -gua bermonolog.

Perasaan marah mula menyusul dalam jiwa gua.Seakan menyedari permainaan yang seperti tidak adil itu, Ajid terus pasing bola kat gua. Gua sambut dengan tenang.Gua timbang macam gaya profesional.Timbang punya timbang, gua tak sedar rupanya dekat seratus lebih gua timbang bola tu.Dah la guna sebelah kaki je.Fuh, memang power gila gua rasa.Sambil timbang bola  gua toleh sekeliling. Ajid dengan budak-budak lain semua ternganga sampai kecur air liur melihat aksi gua yang jarang-jarang gua tunjuk di khalayak umum.Ada juga yang sampai terbeliak-beliak biji mata macam teletubis .Geng-geng budak India yang main bekminten di court sebelah sibuk merakam aksi gua tu guna talipon bimbit masing-masing.Konpem nak diupload dalam U-tube la tu.Lagi dahsyat,  ada juga budak India tu sampai mengucap dua kalimah syahadah.Kagum sangat melihat aksi luar biasa gua agaknya.

kesimpulan

selama hampir tiga tahun gua menabur bakti dalam bidang akademik ni..gua boleh buat satu kesimpulan..
*
*
*
*
*
*
*
   C-B-A-P-K-R=R-K-P-A-B-C

gua rasa ini saja yang berkesan dalam minda gua



*jawapan:-
dari pahang ke selangor ke perak ke penang ke kedah ke perlis
lepas tu ulang alik naik bas sampai tiga tahun...




Tuesday, March 8, 2011

manusia

 4 jenis manusia dalam dunia ini :-

- manusia berperangai manusia
- manusia berperangai haiwan
- manusia berperangai kayu
- manusia berperangai setan


* sumber daripada seorang brader ala ala akhil hayy ketika didalam bas menuju ke utara