Thursday, March 24, 2011

sejenak

Suatu hari sedang gua bergembira menghirup udara segar di bibir kaki lima rumah, tiba-tiba muncul seekor tikus melintas betul-betul depan gua. Dah la melintas, lepastu langgar pula kaki gua . Terkejut punya pasal  terus gua melompat sana sini sambil mulut terkumat-kamit mencarut ke si tikus tadi. Berderau darah gua tidak kepalang.Naik turun naik turun seakan-akan palam pencucuh.Perasaan marah tu ada terselit juga tapi jenis tak tahu nak marah siapa.Selepas beberapa detik, gua kembali normal.Gua sambung  duduk semula atas kerusi malas bapak gua yang baru dibeli seminggu lepas.Sambil mengira-ngira bintang dilangit,ada juga kadang-kadang gua fikirkan pasal jodoh tapi tak lama, seminit dua saja.Gua tahu jodoh ni Tuhan yang tentukan.Takyah la susah susah nak difikirkan sampai naik urat-urat kepala.Paling koman pun golongan artis jodoh gua tu.

Melihat persepsi orang zaman sekarang, semua nak menantu yang kaya-kaya, jenis pakai kereta besar-besar,tak makan dekat warung, beli basikal sama dengan harga motor,ada kolam ikan besar-besar bas belakang rumah,rumah ada tiga empat biji, selipar lagi mahal dari harga kasut, dompet tak pernah kosong  dan lain-lain perkara yang selalu orang kaya ada.Pasal dompet tu gua setuju.Wajib kena berisi .
Renung-renung balik,  peh!!! memang tak ada langsung ciri-ciri tu dekat diri gua ni.Biasalah hidup orang kebanyakkan.Kais pagi makan pagi ada lebih bawak ke makan malam. Ah, tak seronok juga fikir pasal orang kaya-kaya ni.Fikir lama-lama pun bukannya gua boleh jadi kaya macam diorang .Tapi jika gua usaha berlipat-lipat kali ganda mungkin juga boleh jadi kaya.Terus gua angkat kaki masuk ke dalam rumah.Hajat gua nak sambung berangan atas katil....barulah steady sikit .Manalah tahu jadi kenyataan.


No comments:

Post a Comment