Sunday, April 24, 2011

Sikap

Seminggu dua ni gua tak berapa nak 'in' sangat menulis.Entah macam mana spirit gua kebelakangan ni berat ke membaca buku buku agama pula.Agak-agaknya jalan yang penuh berliku yang gua telah lalui dengan semangat sentimental padu selama ni mula berjumpa simpang jalan yang lurus....ye dak!Sejak dua menjak ni beberapa perkara berjaya menguji tahap kesabaran gua.Meluru-luru masalah datang  macam peluru senapang patah.Alah bisa tegal  biasa, bagi seorang jejaka berbadan bidang, panas baran mengikut iklim Bumi,gemar main gasing semasa sekolah rendah, makan nasi sehari sekali, dan berkebolehan membaca tulisan jawi secara runcit-runcit macam gua ni, segala problem mesti gua dapat 'setel'kan.Masalah-masalah sekeliling  ni bukannya perkara baru dalam kehidupan seharian gua .Yang wahidnya bijak tak bijak kita selesaikannya.

Memang gua nak cakap masalah berebut makwe tu bangang, tahap-tahap budak darjah empat punya masalah.Setakat masalah  member-member tak bayar hutang tu, tangan gua yang penuh dengan nasi pun gua sanggup pergi bergelut lagi.Lain la masalah tayar motor pancit.Mahu tak mahu tiga empat hari juga nak kena fikir.Tambah-tambah lagi hujung bulan ni kapasiti not not merah tu memang susah nak menjelma.Lagi baik masuk rumah bancuh air teh secawan dua.Masalah  memang tak selesai tapi tekak yang dahaga tu siapa yang tahu. Cilake, apahal gua punya cerita terpesong serupa gampang ni.Tajuk langsung takde kemisteri dengan bahan cerita.waaachhaa!!!

4 comments:

  1. hidup mezti ade wawasan brader..xgitu..tpi gua tngok lu da bnyak berubah..keh3..hit me back..hahahah

    ReplyDelete
  2. orait3..next time gua hit lu pakai tukul..nak..nak

    ReplyDelete
  3. kehkehkeh.'itew jew kew modalw luw kaliw niew?'ingat dah lama tak menulis banyak idea.tulis 3 mukasurat kertas kajang

    ReplyDelete
  4. tu pun kire bernasib baik..gua ingat nak tulis tigebaris je ...lu apahal kemaruk nak sebut 'W'

    ReplyDelete